Monday, 17 February 2014

Peranan Seorang Pengawas Sekolah

PERANAN SEORANG PENGAWAS

  • Mengawal disiplin pelajar.
  • Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
  • Menjaga imej dan nama baik sekolah.
  • Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
  • Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
  • Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
  • Memimpin rakan-rakan pelajar.
  • Mencegah kes jenayah di sekolah.
  • Menghormati guru.
  • Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
  • Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
  • Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
  • Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
  • Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
  • Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
  • Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
  • Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
  • Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
  • Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin.

No comments:

Post a Comment